View images and videos on Instagram. Find out Most Popular Hashtags and Users. Newest Popular medias and share them Storysta
  1. Homepage
  2. erabaharu

#erabaharu photos and videos on Instagram

Medias attached with hashtag: #erabaharu on Instagram

PERKEMBANGAN BOLASEPAK SEMASA (@kakibangkoo) Instagram Profile Photo kakibangkoo

PERKEMBANGAN BOLASEPAK SEMASA

Advertisement

image by PERKEMBANGAN BOLASEPAK SEMASA (@kakibangkoo) with caption : "BIARKAN PARA PENAJA SENDIRI MELIHAT MENGAPA BOLA SEPAK MALAYSIA TIDAK BERKEMBANG KE ARAH PROFESIONAL.

Saya telah dimakl" - 1718248214539708286
Report Share Download 0 20

BIARKAN PARA PENAJA SENDIRI MELIHAT MENGAPA BOLA SEPAK MALAYSIA TIDAK BERKEMBANG KE ARAH PROFESIONAL. Saya telah dimaklumkan bahawa pihak FMLLP akan memotong mata dan memberikan hukuman kepada persatuan-persatuan yang tidak melengkapkan dokumen-dokumen pendaftaran pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia. Saya memahami tindakan FMLLP ini adalah untuk memastikan liga ini berjalan secara profesional dan mahu menunjukkan kepada para penaja yang terdapat permintaan tinggi untuk menjadikan liga ini profesional. Walaubagaimanapun saya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana ia akan mewujudkan spekulasi daripada mereka yang kurang bijak dan mengatakan saya atau Kelab Bolasepak JDT ingin mensabotaj pasukan-pasukan lain yang sedang berada di puncak liga kononnya. Oleh itu, saya berpendapat pihak FMLLP tidak perlu mengambil tindakan atau memotong mata pasukan terbabit dan sebaliknya biarkan sahaja mereka terus bertanding dalam Liga Malaysia ini. Biarkan para penaja kita yang telah mengeluarkan beratus-ratus juta ringgit melihat sendiri kenapa liga kita tidak boleh berkembang. Bukan sahaja mengenai persatuan yang tidak profesional tetapi juga mentaliti para penyokong bola sepak tanah air. Walaupun informasi, " timeline ", penerangan berkait cara keputusan di buat dan dokumen-dokumen diperlukan telah dikongsikan pihak FMLLP tetapi para penyokong bola sepak tanah air masih tidak faham lagi, saya hanya boleh ucapkan selamat maju jaya. Akhir sekali, saya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan pemilik Kelab Bolasepak JDT ingin meminta maaf kepada para penaja yang telah mengeluarkan beratus juta ringgit untuk melihat liga ini profesional. Kerana inilah jawapan mengapa bola sepak Malaysia tidak boleh berkembang ke arah profesional, di mana ia disebabkan oleh mentaliti dan sikap yang kuno. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor #EraBaharu

PERKEMBANGAN BOLASEPAK SEMASA (@kakibangkoo) Instagram Profile Photo kakibangkoo

PERKEMBANGAN BOLASEPAK SEMASA

Advertisement

image by PERKEMBANGAN BOLASEPAK SEMASA (@kakibangkoo) with caption : "SEKRETARIAT FMLLP MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN DYAM TUNKU PENGERUSI FMLLP.

Saya baru ditanya oleh seorang pemberita bahaw" - 1718243590705297237
Report Share Download 0 13

SEKRETARIAT FMLLP MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN DYAM TUNKU PENGERUSI FMLLP. Saya baru ditanya oleh seorang pemberita bahawa adakah wujud atau sudah mula ada perbalahan di antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Pengerusi FMLLP bersama Sekretariat FMLLP kerana kenyataan dari DYAM Tunku Pengerusi nampak berbeza dari pendapat Sekretariat FMLLP yang mahu tegas tentang isu dokumentasi dan pendaftaran ini. Ingin saya nyatakan bahawa Sekretariat FMLLP menyokong penuh kepimpinan DYAM Tunku Pengerusi. Apa yang boleh dilihat melalui kenyataan DYAM Tunku Pengerusi adalah kekecewaan yang wujud hasil dari persepsi sesetengah pihak yang menunding jari ke arah DYAM Tunku Pengerusi setiap kali wujud situasi di mana sesuatu hukuman bakal dilakukan. Kekecewaan ini adalah yang sebenar kerana DYAM Tunku Pengerusi bekerja keras untuk memastikan liga dan setiap pasukan terjamin untuk jangka masa panjang. Pelaburan yang berjaya diperolehi menjadi sesuatu menguntungkan untuk kesemua pasukan, dan secara realiti harapan semua pihak yang melabur di dalam Liga Malaysia mahu melihat kemajuan dari segi profesionalisme. Saya pasti DYAM Tunku Pengerusi tidak berniat untuk menidakkan peraturan, dan mahu peraturan ditegaskan, tetapi baginda berlaku sarkastik dalam membuat kenyataan kerana hampa dengan pandangan sesetengah pihak yang berminda kecil ini. Bola sepak Malaysia sudah berada di landasan yang betul, pelaburan yang sudah mula masuk dengan nilai yang lumayan, adakah pihak-pihak ini tahu yang mereka ini sedang menghalang kemajuan dengan mengeluarkan kenyataan bijak pandai mereka yang serba tahu bukan sahaja mengenai pengurusan FA dan liga malah AFC dan FIFA juga. ⚽️🔥 #EraBaharu

PERKEMBANGAN BOLASEPAK SEMASA (@kakibangkoo) Instagram Profile Photo kakibangkoo

PERKEMBANGAN BOLASEPAK SEMASA

Advertisement

Report Share Download 0 16

PASUKAN YANG GAGAL MELENGKAPKAN DOKUMEN PENDAFTARAN. Berikut merupakan senarai pasukan yang gagal melengkapkan dokumen pendaftaran serta pasukan yang telah menghantar dokumen melepasi tarikh akhir yang diberikan. 2 pasukan unifi Liga Super Malaysia 2018 iaitu Kelantan dan Kuala Lumpur tidak menghantar / menghantar dokumen yang tidak betul manakala 2 lagi pasukan dari unifi Liga Super Malaysia 2018 iaitu Selangor dan PKNS FC telah menghantar melepasi tarikh akhir yang diberikan. Selangor telah melengkapkan dokumen pada 11 Februari 2018, manakala PKNS FC pula pada 19 Februari 2018 seperti yang tertera pada gambar di bawah. Bagi pasukan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 pula, 4 pasukan masih tidak melengkapkan dokumen pendaftaran iaitu pasukan Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan PDRM. Manakala ada 2 pasukan telah menghantar dokumen melepasi tarikh akhir yang telah ditetapkan. MIFA telah menghantar pada 15 Februari 2018, manakala pasukan UKM FC pula telah menghantar dokumen pada 19 Februari 2018. Seperti kenyataan yang pernah kami keluarkan sebelum ini, tarikh akhir menghantar dokumen adalah pada 3 Februari 2018. Tarikh itu merupakan tarikh yang telah dilanjutkan sebanyak 2 kali untuk membolehkan pasukan yang terbabit melengkapkan dokumen yang perlu. Tarikh akhir yang asal ialah pada 29 Disember 2017 yang telah dilanjutkan kepada 14 Januari 2018 dan telah dilanjutkan lagi kepada 3 Februari 2018. ⚽️🔥 #EraBaharu

PERKEMBANGAN BOLASEPAK SEMASA (@kakibangkoo) Instagram Profile Photo kakibangkoo

PERKEMBANGAN BOLASEPAK SEMASA

image by PERKEMBANGAN BOLASEPAK SEMASA (@kakibangkoo) with caption : "GAJI KECIL PUNCA PEMAIN TEMPATAN AMBIL RASUAH? .

Media tempatan baru-baru ini melaporkan dua pemain Sarawak yang beraks" - 1718236887872069148
Report Share Download 0 12

GAJI KECIL PUNCA PEMAIN TEMPATAN AMBIL RASUAH? . Media tempatan baru-baru ini melaporkan dua pemain Sarawak yang beraksi di saingan 100Plus Liga Premier telah dicekup oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ( SPRM ) kerana didakwa terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan. Laporan yang turut dikongsi oleh beberapa portal online di negeri tersebut turut menjelaskan dua pemain itu adalah pemain tempatan, dan telah beraksi bersama skuad utama sejak beberapa musim. Turut ditahan oleh pihak SPRM adalah seorang lagi individu yang tidak dikenali, dipercayai orang tengah yang berperanan sebagai " bookie ". Laporan akhbar tempatan menyebut jurang gaji pemain yang terlalu besar dalam sesebuah pasukan dikhuatiri antara punca yang mendorong sesete­ngah pemain bergaji kecil untuk menerima tawaran bookie me­ngatur perlawanan. Mengulas mengenai isu tersebut, setiausaha kelab penyokong bola sepak Perak, Kelab Seladang, Ahmad Razmi Kamaruddin berkata, kadar gaji yang berbeza di antara pemain dalam sesebuah pasukan mungkin menyebabkan pemain itu terpaksa memperjudikan pasukannya. Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor, Mohammed Haniff Manzoor turut berkata kes mengatur perlawanan tidak sepatutnya berlaku kerana pemain sekarang menerima gaji agak lumayan. Menurut laporan akhbar, peminat bola sepak tempatan memang mengesyaki aktiviti mengatur perlawanan masih aktif kerana sering dihidang de­ngan keputusan-keputusan perlawanan yang pelik. ⚽️🔥 #EraBaharu

mosalahMSIANfanclub (@mosalahmsianfanclub) Instagram Profile Photo mosalahmsianfanclub

mosalahMSIANfanclub

Report Share Download 0 3

Official Mach Football #erabaharu Repost

KL_JDT_SUPPORTER (@kl_jdt_supporter) Instagram Profile Photo kl_jdt_supporter

KL_JDT_SUPPORTER

image by KL_JDT_SUPPORTER (@kl_jdt_supporter) with caption : "#wc2018 Official Match Football
#readyfor #heretocreate  #adidasfootball
#sportsculturetourism
#malaysiasuperleague2018
" - 1718189759563770092
Report Share Download 0 8

Official Match Football #erabaharu repost